Monday, December 6, 2010

Hantaran perkahwinan dan pertunangan..



CH 005-1
marble rose = RM13 sekotak
(termasuk hiasan)


Coklat ni di tempah oleh Ema Manan utk hantaran perkahwinan adiknya, tema warna gold. Kemudian Ema odr pulak utk hantaran pertunangan sepupunya, tema warna purple. Harap Ema puas hati. TQ Ema..

Masih dari Zainatul....




novelty moist coklat kek + steam buttercream
1 kg

Ini kali ke 2 Zai odr kek dgn Sue. kali ni Zai nak kek yang ada air terjun... Alhamdulillah kek ni berjaya juga Sue siapkan selepas selesai mengemas rumah yg dilanda banjir.. Alhamdulillah juga Zai ckp dia dan Anak2 novesuka sgt dgn kek ni.. t.ksh ya Zai...

odr dari KL lagi..

Snickers cheese kek + caramel

Odr kali ni dari kawan lama Sue kat KL, Mukrish. Mukrish odr kek ni utk balnja kwn2 mkn. Sepatutnya dia odr 50 biji cuppies juga. Tapi disebabkan air paip yg tak ada beberapa hari, Sue tak dapat nak buat. Hanya kek ni yg sempat Sue buat. Kek ni juga Sue bawa lari ke Sg petani takut kalau2 letrik juga ditutup angkara banjir. Alhamdulillah kek ni berjaya juga Sue hantar ke KL dari Sg. Petani... Tahniah Mukrish atas kenaikkan pangkat dan terima kasih sbb sudi odr walaupun jauh beratus batu... :D


Sian Wati...


ni first time Wati oder kek dgn Sue.Bila kek dah siap, Wati tak dapat nak amik kek dia sebab jalan2 dari Jitra ke Alor Setar dipenuhi air banjir. Sue pulak terpaksa bawa kek ni balik rumah ayah kat sg petani disebabkan takut bekalan letrik tak ada dan air paip pun dah tak ada. Alih2 rumah Sue pn dimasuki air banjir juga. Nasib la hubby ada kat rmh. Berhari-hari juga Wati kena tunggu kek ni sampai ke tangannya.. Sian Wati.. apa2 pn Wati ckp berbaloi tunggu sebab kek ni sedap sgt.. t.ksh wati.. :))


Kek perpisahan utk Azni..

moist coklat kek + ganache + peanut butter
1kg
RM38


Kek ni Azni odr sebab dah last day kerja kt situ. Jadi Azni nak la belanja kawan2 dia makan kek.. T.kasih ya Azni.. Semoga Azni lebih berjaya di tempat baru nanti.. Amin..

Kelas Coklat di Kemunting, Perak

kak Ani ni minat nak belajar coklat sbb ank2nya suka sgt makan coklat. Lepas ni bolehlah kak Ani buat mcm2 coklat ya..


Yan ni duduk di Seremban, tp suaminya duduk di Kemunting. Ni kali ke 2 Yan amik kelas coklat. Harap Yan juga suka dgn semua coklat ni.


En. Badrul student lelaki tunggal. Rajin abg Bad ni dtg dari Ipoh.. Jarang jumpa lelaki yg suka buat biskut raya. Abg Bad ni mmg buat biz kuih raya.. Tat nenasnya mmg sedap sgt2...


Ni cikgu Isma.. Isma ni pun rajin amik kelas baking. t.ksh Isma sbb sanggup tunggu lama utk hadir kelas kak Sue ni..


T.kasih semua sbb sudi belajar dgn Sue.. Kalau ada yg terkurang harap maaf ya... Sue harap kita akan jumpa lagi satu hari nanti..